Saya yakin JB Lutador FC mampu kekal dalam Top 4 – Afiq
Ketua pasukan JB Lutador FC, Afiq menyuarakan keyakinan beliau terhadap kemampuan pasukannya untuk terus kekal dalam kelompok empat teratas dalam saingan Vantra Premier Invitational Social League 24/25.
“Ini adalah kejohanan pertama kami tapi kami yakin mampu untuk berada dalam kelompok Top 4 liga ini,”
katanya kepada Harimau Malaya.
Afiq terpaksa akur apabila mereka memulakan kempen saingan liga dengan langkah kiri selepas tewas kepada pasukan Iron Tigers dengan keputusan 2-1, namun berkata mereka akan kembali bangkit untuk aksi di minggu kedua.
“Kami bermula agak perlahan tetapi pada suku ketiga kita baru dapat rentak dan berjaya dapatkan satu gol tapi kami bernasib malang hari ini tapi tidak mengapa kami akan bangkit untuk perlawanan seterusnya.”
Dalam pada itu, bercerita lanjut mengenai prestasi pasukannya Afiq berkata mereka bermain dengan baik tetapi perasaan gemuruh telah membuatkan permainan mereka terjejas.
Bagi memastikan situasi sama berulang, Afiq berkata mereka akan buat persiapan lebih rapi untuk menghadapi perlawanan seterusnya.
“Pemain sangat gementar dan kami perlu buat persediaan dengan rapi!”
Vantra Premier Social League yang berlangsung di J Arena Iskandar Puteri, Johor akan menyaksikan sebanyak lapan pasukan terbaik akan bersaing dalam format ‘home’ dan ‘away’ untuk merebut kejuaraan liga musim 2024/25.