Vantra Premier Social League bagus untuk pemain yang ingin merasakan menjadi pemain profesional – Amevi Dodji
Pemain pasukan Iron Tigers mengakui Vantra Premier Invitational Social League (VPL) 24/25 adalah platform terbaik untuk pemain-pemain bola sepak amatur untuk merasai sendiri seperti pemain bola sepak profesional.
“Pada pandangan saya liga VPL ini adalah liga yang bagus yang mana ia memberi ruang dan peluang kepada pemain muda terutamanya pemain tempatan untuk memperbaiki diri.
Dan kepada mereka yang ingin bermain secara profesional mereka perlu terus berjuang dan bekerja keras untuk capai cita-cita mereka. Jadi liga ini cukup bagus kerana ia adalah platform untuk bakat muda tunjukkan kemampuan mereka.
Liga seperti ini juga bagus untuk pemain yang ingin merasakan jadi pemain profesional,”
katanya kepada Harimau Malaya.
Dalam pada itu, Amevi turut memberitahu beliau dan rakan sepasukan sememangnya sudah bersedia untuk mengharungi saingan liga VPL musim dengan ini sasaran utama mereka adalah untuk menjadi juara.
“Kami semua bersedia untuk pergi ‘berperang’ yang mana kami berjuang untuk rebut trofi kejuaraan. Saya yakin dengan kemampuan rakan sepasukan untuk mendapat keputusan positif.”
Vantra Premier Social League yang berlangsung di J Arena Iskandar Puteri, Johor akan menyaksikan sebanyak lapan pasukan terbaik akan bersaing dalam format ‘home’ dan ‘away’ untuk merebut kejuaraan liga musim 2024/25.