Biarpun kita pasukan ‘underdog’ tapi saya mahu bawa pasukan ke final – Sulaiman Hussin

623

Ketua jurulatih pasukan Malaysia 7s (7 sebelah), Sulaiman Hussin mengakui mereka lebih seleas untuk turun beraksi dalam kejohanan Asia 7s Championship 2024 sebagai pasukan ‘underdog’, namun bertekad mahu membawa pasukan itu ke perlawanan akhir.

“Saya boleh katakan kita adalah pasukan ‘underdog’. Mungkin ramai yang beranggapan dengan melabel pasukan sebagai ‘underdog’ bila kalah nanti tiada alasan tapi bagi saya, saya tidak mahu macam itu.

Ini adalah tanggungjawab saya untuk memastikan apabila saya menerima amanah ini saya mesti jaga maruah negara kita dan bermain di tempat sendiri sudah semestinya kita akan bagi yang terbaik.

Kalau ada rezeki saya nak berada di perlawanan akhir,”

katanya.

Sulaiman mengakui tugas dan cabaran besar menantinya dan pasukan berikutan perlu berdepan dengan lawan yang mempunyai liga profesional di negara masing-masing, tapi beliau tetap optimis dengan peluang skuad negara.


Bagi memastikan skuad negara dapat beri saingan hebat, beliau telah merekrut sebanyak 17 pemain termasuk beberapa bekas pemain kebangsaan Harimau Malaya seperti Indra Putra Mahayuddin, Razman Roslan, Abdul Manaf Mamat, Fandi Othman dan beberapa lagi.

“Pastinya bukan tugas mudah menentang pasukan-pasukan seperti Jepun dan India yang mana mereka mempunyai liga profesional sendiri tapi dengan gabungan pemain berpengalaman dan pemain futsal serta tiga pemain berpengalaman ini memudahkan kerja saya.

Apabila saya melihat pada sesi latihan saya lihat kita sudah bersedia untuk turun beraksi pada kejohanan ini.”

Malaysia 7s telah diundi dalam Kumpulan B bersama naib juara edisi lepas iaitu India, Filipina dan Hong Kong.

Kejohanan Asia 7s Championship 2024 ini akan berlangsung pada 10 hingga 13 Oktober depan di EV Arena Elmina, Shah Alam.

Please rotate your device
Continue in browser
To install tap Add to Home Screen
Add to Home Screen