Saya rasa Malaysia antara pasukan pilihan pada kejohanan ini – Stephan Schrock
Pemain pasukan Filipina 7s, Stephan Schrock berkata Malaysia adalah salah sebuah pasukan pilihan untuk kejohanan Asia 7s Championship 2024 berdasarkan pemain-pemain yang akan memperkuatkan pasukan itu.
Menurut Stephan, biarpun beliau berasa sedikit sedih tidak dapat melihat bekas penyerang prolifik Harimau Malaya iaitu Safee Sali tidak dapat sertai tetapi dengan kehadiran beberapa bekas pemain kebangsaan mampu memberi impak besar.
“Memang saya sedih Super Safee tidak dapat sertai kejohanan ini tapi pasukan Malaysia diperkuat dengan ramai bekas pemain kebangsaan dan Liga Super yang mana mereka ini masih berada dalam tahap terbaik.
Jadi saya rasa pasukan Malaysia adalah salah sebuah pasukan pilihan untuk kejohanan ini,”
katanya.
Dalam pada itu, Stephan juga berpuas hati dengan persiapan pasukannya untuk edisi kali ini apabila mereka mempunyai ratusan pemain yang hadir untuk pemilihan dan skuad Filipina turut diperkuat dengan beberapa pemain profesional.
“Kami mempunyai gabungan pemain yang baik daripada liga dan juga beberapa pemain yang masih bermain di liga profesiona PFL ketika ini serta dua bekas pemain kebangsaan iaitu saya dan seorang lagi rakan sepasukan.
Jadi saya rasa kita mempunyai gabungan pemain yang bagus dan dapat membuat persiapan dengan rapi untuk menghadapi kejohanan ini.”
Sementara itu, Stephan mengakui cabaran besar menanti mereka tetapi mereka akan buat yang terbaik dengan sasaran untuk cuba mara ke perlawanan akhir.
Kejohanan Asia 7s Championship yang disertai oleh lapan pasukan termasuk Malaysia, Singapura, Hong Kong, Vietnam, Brunei, India dan juara bertahan Jepun akan berlangsung di pada 10 hingga 13 Oktober ini di EV Arena Elmina, Shah Alam.