Kejayaan SRG di Esports World Cup cetuskan fenomena MPL MY
Pengacara Mobile Legends: Bang Bang Professional League (MPL MY), Rose mengakui kejayaan pasukan Selangor Red Giants (SRG) menjadi juara MSC Esports World Cup 2024 yang berlangsung di Riyadh, Arab Saudi telah mencetuskan fenomena yang luar biasa dalam dunia e-sukan di Malaysia.
Menurut Rose, jika sebelum ini sukar untuk melihat kehadiran ramai penyokong ke stadium untuk menyaksikan perlawanan melibatkan pasukan ‘kerdil’ tapi kini sebaliknya berlaku.
“Saya rasa ‘crowd’ kita semakin besar yang mana pada permulaan karier saya di Stadium Putra memang banyak tempat kosong apabila pasukan kerdil turun beraksi tiada orang datang yang mana saya rasa bawah 10 orang.
Tapi sekarang walaupun pasukan kerdil main kitab oleh penuhkan tingkat satu. Bagi saya orang ramai semangat bersemangat nak datang MPL MY.
Ramai yang sudah mengenali e-sukan selepas SRG berjaya menjadi juara MSC Esports World Cup,”
katanya kepada Harimau Malaya.
Dalam pada itu, Rose yang sudah lama mengacara MPL MY digelar sebagai Trilingual Queen kerana mampu berturut dalam tiga bahasa iaitu Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris dan Tagalog.
Biarpun sering mendapat pujian tetapi beliau mengakui tidak terlepas dari menerima kritikan tapi beliau mengambil kritikan itu sebagai kritikan membina.
“Sejujurnya saya jarang dapat kritikan jadi saya takt ahu kenapa tapi mungkin mereka suka dengan cara saya mengacara tapi bila saya dapat kritikan, saya anggap ia sebagai kritikan membina.”
Sementara itu, Rose turut memberi ramalan untuk tiga pasukan teratas untuk MPL MY musim ke-14 iaitu SRG, Team Vamos dan MV.