Cameron Ng gembira dengan persembahan anak buahnya di Singapura

89

Ketua jurulatih pasukan kebangsaan Malayan Tigress B-17, Cameron Ng gembira dengan persembahan yang dipamerkan oleh pemain-pemainnya dalam dua perlawanan persahabatan antarabangsa tertutup menentang pasukan Singapura B-17.

Menurut Cameron, pemainnya sedikit gugup pada perlawanan pertama namun pada perlawanan kedua mereka mula memperlihatkan taring sebenar mereka.


“Kerjasama antara pemain semakin baik dan pemahaman mereka juga semakin baik dari satu perlawanan ke satu perlawanan dan bersedia untuk berjuang.

Untuk perlawanan pertama mereka gemuruh sedikit apabila mereka bolos awal tapi mereka kemudian berjaya bangkit mengikat. Aksi pertama mereka kurang memuaskan.

Tapi untuk perlawanan kedua mereka bermula dengan baik yang mana mereka bermain dengan ‘full potential’ oleh sebab itu kita berjaya dapat keputusan bagus,”

katanya kepada Harimau Malaya.

Pada dua aksi tersebut, skuad Malayan Tigress berjaya seri 3-3 pada perlawanan pertama dan berjaya menang 4-1 pada perlawanan kedua.

Dalam pada itu, Cameron turut memuji anak buahnya yang sentiasa tunjukkan sikap mahu belajar dan memperbaiki segala kelemahan.

“Kita juga mempunyai ramai pemain yang mempunyai teknikal yang bagus tapi ini perlawanan berpasukan jadi kita perlukan masa untuk jadi lebih baik.”

Please rotate your device
Continue in browser
To install tap Add to Home Screen
Add to Home Screen