Kalau kita nak pergi jauh dalam Piala AFF, kita perlu hantar skuad terbaik – Norshahrul Idlan Talaha

50

Bekas pemain kebangsaan, Norshahrul Idlan Talaha memberitahu sekiranya pasukan kebangsaan Malaysia ingin melangkah dengan lebih jauh pada kejohanan Piala AFF 2024 mereka perlu hantar skuad terbaik.

“Bagi saya sekiranya kita mahu pergi sejauh yang mungkin sudah tentu kita nak kena hantar skuad terbaik,”

katanya kepada Harimau Malaya.

Norshahrul atau lebih mesra dengan panggilan Mat Yo berkata ianya semua bergantung kepada perancangan daripada barisan kejurulatihan yang diketuai oleh Pau Marti.


Kejohanan Piala AFF pada tahun ini akan berlangsung dari 8 Disember 2024 hingga 5 Januari 2025.

Skuad Harimau Malaya telah diundi dalam Kumpulan A bersama pasukan gergasi Thailand, Singapura, Kemboja dan Brunei atau Timor Leste.

Kesemua perlawanan akan berlangsung dengan format ‘home’ & ‘away’ dengan hanya dua pasukan teratas setiap kumpulan akan mara ke peringkat kalah mati.

Terdahulu, Mat Yo merupakan salah seorang pemain yang berjaya menjulang Piala AFF pada tahun 2010 selepas berjaya menewaskan pasukan Indonesia di perlawanan akhir.

Sementara itu, Mat Yo juga berharap agar skuad negara berjaya memperoleh kemenangan pada perlawanan persahabatan antarabangsa Tier 1 menentang New Zealand petang ini.

Please rotate your device
Continue in browser
To install tap Add to Home Screen
Add to Home Screen