Chibi yakin Team Vamos mampu dapat slot ke M6

16

Pemain e-sukan Mobile Legends Bang Bang (MLBB) pasukan Team Vamos, Chibi menyuarakan keyakinan beliau terhadap kemampuan pasukannya untuk mendapatkan slot ke M6 Word Championship.

“Kami semestinya yakin antara enam pasukan kami boleh dapat slot ke M6 sampai ke Grandfinal musim ini seperti musim lepas,”

katanya kepada Harimau Malaya.

Untuk saingan Mobile Legends: Bang Bang Professional League (MPL MY) musim ke-14, Team Vamos berada di kedudukan kedua liga sekaligus mengesahkan tempat di peringkat Upper Bracket ‘play-off’ yang mana perlawanan itu akan berlangsung di X Sourthern Festival yang akan diadakan di Kompleks Sukan Educity, Iskandar Puteri, Johor pada 31 Oktober ini.


Team Vamos mengesahkan tempat mereka di kedudukan kedua liga selepas memperolehi kemenangan pada aksi minggu terakhir selepas menewaskan Team RSG MY dengan keputusan 2-1.

Dalam pada itu, bercerita lanjut mengenai kemenangan ke atas Team RSG Chibi berkata tiada yang istimewa ditampilkan sebaliknya kemenangan itu disumbang oleh disiplin oleh setiap pemain.

“Untuk perlawanan hari ini tiada apa-apa yang istimewa pun sebaliknya kami menang dengan kekuatan dan disiplin.

Sebenarnya hari ini kami bermain tanpa tekanan pun kerana sudah sahkan slot ke ‘play-off’ jadi kemenangan ke atas RSG mungkin kerana tiada tekanan.”

Sementara itu, Chibi turut mengulas lanjut mengenai kontroversi yang membabitkannya pada minggu lalu yang mana beliau tampil menjelaskan bahawa beliau tersalah cakap dan tiada niat lain.