Kita akan rehat seketika sebelum kembali untuk persiapan ‘play-off’ – Xorn

24

Pemain e-sukan Mobile Legends Bang Bang (MLBB) pasukan Team Vamos, Xorn memberitahu bahawa mereka akan berehat seketika selepas tamat ‘regular season’ Mobile Legends: Bang Bang Professional League (MPL MY) musim ke-14 sebelum kembali turun berlatih untuk persiapan menjelang perlawanan ‘play-off’.

“Mengikut perancangan kami, minggu depan (minggu ini) kita akan pergi ke Terengganu untuk ‘bonding’ dan selepas itu baru kami akan memulakan latihan jadi sekarang ini kita mahu berehat dahulu selepas ‘regular season’ sudah habis.

Kita akan mula balik ‘bootcamp’ pada minggu satu lagi,”

katanya kepada Harimau Malaya.

Xorn berkata demikian selepas tamat perlawanan minggu terakhir MPL MY musim ke-14 yang menyaksikan Team Vamos berjaya menang 2-1 ke atas Team Rey.


Kemenangan itu menyaksikan Team Vamos berada di kedudukan liga dibelakang Selangor Red Giants (SRG) sekaligus berjaya menempah tempat di Upper Bracket ‘play-off’.

Dalam pada itu, Xorn mengakui untuk saingan ‘play-off’ yang akan berlangsung di X Sourthern Festival yang akan diadakan di Kompleks Sukan Educity, Iskandar Puteri, Johor pada 31 Oktober ini akan menjadi cukup sengit.

Ini kerana menurut Xorn, enam pasukan yang layak pastinya akan mempertingkatkan kualiti dan memperbaiki segala kelemahan mereka sepanjang ‘regular season’.

“Jalan di Upper Bracket lebih senang kerana kita perlukan dua kemenangan sahaja untuk masuk ke final dan sahkan slot ke M6, cuma kita perlu buat persiapan rapi sebab lawan di ‘play-off’ kebanyakkan sudah ‘improve’ kerana semua hendak menang dan mahu slot ke M6, jadi insyaAllah kita akan cuba buat yang terbaik.”