Sepat yakin Team Vamos mampu dapat slot ke M6

10

Pemain e-sukan Mobile Legends Bang Bang (MLBB) pasukan Team Vamos, Sepat menyuarakan keyakinannya terhadap kemampuan mereka untuk merebut dua slot ke M6 World Championship.

“Dua slot terakhir ke M6 kami rasa kami mampu untuk dapatkan. Memang pihak pengurusan tidak meletak sasaran tinggi berikutan kami adalah pasukan baru.

Tetapi kami sebagai pemain profesional sudah semestinya mahu buat yang terbaik terutamanya di peringkat antarabangsa,”

katanya kepada Harimau Malaya.

Sepat berkata demikian selepas tamat perlawanan minggu terakhir MPL MY yang menyaksikan Team Vamos berjaya menang ke atas Team RSG MY dengan keputusan 2-1.


Team Vamos merupakan salah sebuah pasukan daripada enam pasukan Mobile Legends: Bang Bang Professional League (MPL MY) musim ke-14 yang berjaya mara ke peringkat ‘play-off’ di mana dua pasukan terbaik akan mendapat slot ke M6.

Dalam pada itu, Sepat mengakui kemunculan Team Vamos telah banyak mengundang pelbagai kritikan dan kecaman namun beliau dan pasukannya mengambil pendirian untuk tidak ambil pusing sebaliknya fokus dengan permainan mereka sahaja.

“Kita buat takt ahu sahaja benda negatif dan disebalik ‘hater-haters’ itu masih ada peminat yang sentiasa memberi sokongan kepada kami.”

Team Vamos menamatkan saingan ‘regular season’ MPL MY 14 di kedudukan kedua liga.