Team Vamos mampu untuk rebut satu lagi slot ke M6 – Mars

12

Pengulas e-sukan Mobile Legends Bang Bang (MLBB), Mars memberi ramalan bahawa Team Vamos merupakan pasukan pilihan untuk merebut slot ke M6 World Championship selain juara berganda Selangor Red Giants (SRG).

“Saya rasa Team Vamos kerana mereka adalah pasukan paling terdekat (selain SRG). Tidak dinafikan di ‘regular season’ mereka nampak macam main-main tapi dalam ‘play-off’ saya tak rasa mereka akan melakukan perkara macam itu.

Kalau mereka serius untuk mencapai sasaran mereka saya rasa mereka adalah pasukan terdekat untuk dapatkan slot itu selain Monster Vicous,”

katanya kepada Harimau Malaya.

Dalam pada itu, Mars turut gembira melihat perkembangan e-sukan di Malaysia semakin mendapat sambutan positif terutamanya di Mobile Legends: Bang Bang Professional League (MPL MY) musim ke-14.


“Untuk MPL MY musim ini walaupun ada perlawanan yang orang rasa tak panas tapi ada ‘crowd’ yang banyak dan perkara ini bagi saya merupakan satu perkembangan yang cukup baik.”

Sementara itu, Mars juga tidak ambil pusing dengan kritikan dan kecaman sebaliknya mengambil pendirian ‘bring itu on’ dan teruskan buat yang terbaik.