‘Due diligence’ perlukan masa tapi saya akan seiringkan juga dengan cari kewangan untuk KL City FC – Syed Yazid

127

Presiden Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA) yang baharu iaitu Syed Yazid Syed Omar memberi jaminan bahawa beliau dan barisan Ahli Jawatankuasa yang baharu akan meneliti keseluruhan pengurusan terutamanya perihal kewangan bagi membuat perancangan rapi pasukan.

“Pertama sekali apabila saya masuk ke pejabat sudah tentu kewangan paling penting yang mana kita nak semak hutang dan berapa baki duit dalam akaun supaya saya dapat bergerak macam mana nak susun atur duit keluar dan masuk selepas ini.

Untuk ‘due diligence’ masih belum buat kerana ia mengambil masa tapi saya seiring dengan cari kewangan pun kena buat untuk bayar perbelanjaan, gaji dan pentadbiran,”

katanya.

Menurut Syed Yazid lagi, pihaknya juga akan menyelesaikan tunggakan gaji berjumlah RM1 juta lagi pada hujung bulan ini selepas mereka dapat dana dari Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).


“Akhir bulan ini insyaAllah kita akan selesaikan tunggakan gaji RM1 juta yang mana kita dapat selesaikan tunggakan gaji sebulan terlebih dahulu.”

Syed Yazid berkata demikian Majlis Malam Eksklusif bersama Patron KL City FC, Presiden KLFA dan Ahli-Ahli Jawatankuasa Eksekutif KL yang baharu di Ibu Kota sebentar tadi.

Dalam pada itu, Syed Yazid turut mendedahkan bahawa tunggakan gaji pasukan untuk musim ini berjumlah tiga bulan setengah yang mana pihaknya akan cuba menyelesaikan tunggakan itu secara berperingkat.

Selain daripada dana dari DBKL, beliau turut memberitahu bahawa KL City juga akan mendapat dana daripada beberapa syarikat korporat yang menyatakan minat untuk bersama kelab itu.

“Buat masa ini saya tidak dapat nak umumkan berapa jumlah tajaan yang masuk tapi memang akan ada penaja akan masuk.”

Terdahulu, Syed Yazid berjaya memenangi jawatan ‘panas’ itu pada Kongres ke-35 KLFA bagi sesi 2024-2028 selepas meraih 15 undi sekaligus mengenepikan pesaingnya iaitu Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid yang memperolehi 12 undi.

Please rotate your device
Continue in browser
To install tap Add to Home Screen
Add to Home Screen