Mirabel Ting cemerlang pada hari pertama Maybank Championship 2024

77

Pemain golf amatur negara, Mirabel Ting telah mempamerkan permainan yang cukup cemerlang untuk menamatkan saingan hari pertama Maybank Championship 2024 dengan catatan 67 pukulan lima dibawah par.

Catatan cemerlang Mirabel itu menyaksikan beliau berada di ke-11 daripada 78 pemain yang bersaing pada kejohanan yang berlangsung di Kuala Lumpur Golf & Country Club (KLGCC).


“Saya rasa saya bermain dengan agak baik terutamanya di ‘front 9’ manakala ‘back 9’ agak sukar bagi saya kerana membuat beberapa kesilapan dek tidak sabar tapi berjaya bangkit untuk dapatkan birdie di lubang ke-14 dan 18 untuk menamatkan permainan dengan lima di bawah par,”

katanya.

Aksi cemerlang Mirabel juga memperlihatkan beliau kini mendahului pemain profesional Malaysia lain yang kurang menyengat di tempat sendiri.

Dalam pada itu, bintang muda daripada Sarawak itu berkata beliau dapat bermain dengan baik kerana turun beraksi tanpa sebarang tekanan.

“Saya beritahu diri saya untuk beraksi minggu ini dengan bermain dengan permainan biasa saya kerana penyertaan saya kali ini adalah untuk belajar dan merasai sendiri pengalaman bagaimana rasanya bermain di kejohanan LPGA.”

Sementara itu, untuk hari kedua Mirabel berkata beliau akan bermain dengan lebih tenang dan tidak terburu-buru untuk mengelak dari membuat sebarang kesilapan.

Please rotate your device
Continue in browser
To install tap Add to Home Screen
Add to Home Screen