Saya perlu lebih teliti dalam buat keputusan untuk aksi hari kedua – Ashley Lau

40

Pemain golf profesional Malaysia, Ashley Lau memberitahu beliau perlu lebih teliti dalam membuat keputusan bagi mengelak dari mengulangi kesilapan yang dilakukannya pada hari pertama Maybank Championship 2024 yang membuka tirainya hari ini.

“Saya tidak akan buat perubahan dari segi permainan saya sebaliknya perlu lebih teliti dalam membuat keputusan dan perlu lebih berfikir.

Hari ini saya membuat beberapa kesilapan dalam pemilihan ‘club’ jadi saya rasa jika anda ‘take out’ beberapa lubag itu saya sebenarnya bermain dengan agak baik. Cuma ‘putts’ tak jatuh ke lubang bila saya buat pukulan,”

katanya.

Ashley menamatkan hari pertama di kedudukan ke-66 daripada 78 pemain yang bersaing selepas mencatatkan skor 73 pukulan satu di atas par.


Tambahnya lagi, tiada peluang untuk mendapatkan birdie membuatkannya sukar untuk menutup kesilapan dan berharap baki tiga hari akan lebih baik.

Dalam pada itu, ini merupakan kali kedua Ashley bermain di Maybank Championship yang mana beliau kini lebih selesa kerana mempunyai pengalaman pada tahun sebelumnya.

“Tidak banyak perbezaan dari tahun lalu. Saya rasa saya lebih yakin tahun ini dengan menimba lebih pengalaman kerana ini merupakan tahun kedua saya. Ya saya lebih selesa bermain berbanding tahun lalu.”

Sementara itu, Ashley juga berkata beliau tidak berasa tertekan langsung bermain hari ini malah beliau banyak belajar daripada rakan ‘flight’ iaitu Lilia Vu dan Charley Hull.aa