Macam mana kita mulakan separuh masa kedua tadi, macam itu kita akan bermula di Johor nanti – Firdaus Tan

147

Ketua jurulatih Selangor FC B-20, Firdaus Tan Aziz memberitahu bahawa pasukannya perlu memberikan segala-galanya pada perlawanan akhir kedua Piala Presiden 2024 nanti untuk buat kebangkitan selepas tewas 2-1 kepada Johor Darul Ta’zim III (JDT III) pada aksi pertama malam tadi.

“Di Pasir Gudang kita perlu bermain dengan ‘all-out’, macam mana kita bermula separuh masa kedua tadi, macam itu kita akan bermula di Johor nanti yang mana pemain memperlihatkan sikap dahagakan kemenangan,”

katanya.

Selangor yang turun beraksi di tempat sendiri di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) denga nagak goyah apabila pasukan lawan berjaya mendominasi pada separuh masa pertama dan berjaya menjaringkan dua gol.


Skuad Gergasi Merah bagaimanapun tampil dengan corak permainan yang lebih agresif di separuh masa kedua dan ia membuahkan hasil apabila mereka berjaya menjaringkan gol pada minit ke-81.

Dalam pada itu, mengulas lanjut mengenai persembahan anak buahnya pada perlawanan itu Firdaus berkata masalah disiplin dari segi ‘positiong’ pada separuh masa pertama menyebabkan mereka sukar untuk bermain dengan baik.

“Kita cuba dan mencuba tetapi mungkin disiplin dari segi ‘positioning’ menyebabkan kita sukar untuk keluar tapi kita mencuba tapi apabila kita terperangkap itu kita dapat lihat pemain seperti goyah yang mana kita banyak beri peluang kepada JDT III untuk buat permainan.

Tapi pada separuh masa kedua selepas saya bercakap dengan pemain-pemain dan buat pertukaran dari segi taktikal baru kita nampak ada perubahan.”

Sementara itu, Firdaus turut memberitahu kesemua pemainnya bebas dari sebarang kecederaan dan akan cergas sepenuhnya untuk perlawanan akhir kedua di Johor pada 13 November ini.