Ng Jing Xuen julang kejuaraan kedua Toyota Tour musim ini selepas menjuarai Yaris Cup

37

Pemain golf amatur negara, Ng Jing Xuen telah mempamerkan permainan konsisten sepanjang ketiga hari kejohanan Yaris Cup untuk dinobat sebagai juara selepas mencatatkan skor 206 pukulan tujuh di bawah par.

Kemenangan di Yaris Cup yang berlangsung di The Mines Resort & Golf Club menyaksikan kejuaraan kedua Jing Xuen di Toyota Tour.


Jing Xuen yang gembira dengan kemenangan tersebut berterima kasih kepada ibunya yang bersamanya sepanjang tiga hari kejohanan sebagai kedinya.

“Saya ingin berterima kasih kepada ibu saya kerana menjadi kedi saya untuk tiga hari ini dan apa yang saya boleh katakan adalah ia merupakan satu perjalanan yang sukar buat saya sepanjang tiga hari ini tapi saya bersyukur kerana kami dapat menghabiskan permainan dengan cemerlang.

Saya sangat gembira dengan permainan saya sepanjang tiga hari ini kecuali pada lubang terakhir tadi tapi tak mengapa kerana secara keseluruhan saya bermain dengan baik,”

katanya.

Beliau pada masa sama turut memberi pujian kepada pihak penganjur kerana menganjurkan kejohanan yang cukup berprestij dan berharap agar ia akan diteruskan lagi pada tahun hadapan.

Dalam pada itu, Jing Xuen turut memberi bayangan bahawa beliau akan bertukar status kepada pemain profesional pada awal tahun hadapan.

“Untuk tahun ini rasanya belum lagi kerana saya berharap untuk bertukar status kepada pemain profesional pada awal tahun hadapan.”

Sementara itu, Jing Xuen berkata untuk perancangan jangka masa pendek beliau merancang untuk bermain di kejohanan sekitar Asia seperti China, Thailand dan Singapura.

Please rotate your device
Continue in browser
To install tap Add to Home Screen
Add to Home Screen