Edven Ying akan pamer permainan ‘selamat’ untuk hari terakhir ADT esok

29

Pemain golf profesional negara, Edven Ying memberitahu bahawa beliau akan mengekalkan ‘game plan’ yang sama tetapi tidak akan bermain dengan agresif bagi memastikan beliau tidak melakukan kesilapan pada hari terakhir kejohanan Toyota Tour Championship (ADT) esok.

“Saya akan kekal dengan ‘game plan’ yang sama tapi tidak akan bermain dengan agresif. Jika ada peluang baru saya akan ‘go for it’ tambahan esok adalah hari terakhir jadi apa sahaja boleh berlaku.

Jadi esok saya akan melihat terlebih dahulu bagaimana kondisi saya untuk beberapa lubang awal,”

katanya.

Biarpun menamatkan permainan pada hari ketiga di kedudukan Top 10 bersama rakan senegara Daeng Abdul Rahman dengan skor tujuh di bawah par, Edven mengakui tidak bermain dengan bagus kerana keletihan.


“Hari ini lapangan berada dalam keadaan baik cuma kondisi badan saya kurang baik sedikit membuatkan permainan saya di ‘front 9’ tidak baik dan hanya okay apabila bermain di ‘back 9’.”

Tambahnya lagi, faktor keletihan membuatkan permainannya menjadi tidak konsisten sekaligus gagal untuk mencatatkan skor yang baik biarpun berjaya melakukan banyak birdie.

Toyota Tour Championship yang berlangsung di Kota Permai Golf and Country Club (KPGCC) menawarkan wang hadiah terkumpul sebanyak RM400,000.

Please rotate your device
Continue in browser
To install tap Add to Home Screen
Add to Home Screen