Projek Reben Kuning buka ruang kepada prospek bangunkan diri dan menyumbang kepada negara

116

Setiap individu pastinya akan membuat kesilapan dan perlukan peluang kedua untuk kembali bangkit, namun buat banduan kesilapan yang dilakukan oleh mereka kadang kalanya memberi kesan sepanjang hayat di mana mereka tidak mampu untuk memajukan diri selepas bebas.

Bagi membantu golongan mereka ini, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah melaksanakan inisiatif yang dikenali sebagai Projek Reben Kuning dengan tujuan utama untuk membantu prospek untuk terus bangkit dan merubah masa hadapan.


Menurut Penolong Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara, Mohammad Akmal Md Ruslan berkata Projek Reben Kuning bukan sahaja dapat membantu prospek untuk bangunkan diri mereka tetapi juga dapat menyumbang kepada negara.

“Mereka ini (prospek) mungkin tersilap langkah tetapi kita perlu beri mereka peluang kerana mereka mempunyai masa yang panjang lagi kerana belia ini berusia dari 15 hingga 40 tahun, jadi panjang lagi perjalanan mereka.

Jadi sebab itu Projek Reben Kuning buka ruang kepada mereka untuk mereka bangunkan diri dan menyumbang kepada masyarakat serta negara,”

katanya kepada Harimau Malaya.

Projek Reben Kuning yang diperkenalkan sejak tahun 2018 ini melibatkan Jabatan Penjara Malaysia dan juga Sekolah Henry Gurney menerusi program latihan pembangunan kemahiran yang mempunyai pasaran kerjaya dan peluang keusahawanan.

Jelas Akmal, setiap prospek dipilih selepas melalui proses tapisan yang mana mereka perlu lalui beberapa ujian sebelum diberi peluang untuk mendapat latihan kemahiran.

“Ujian yang dilakukan adalah dari sudut psikologi, sahsiah dan kesediaan mereka dari sudut intelektual dan juga kemahiran untuk mereka terima latihan kemahiran serta pengisian-pengisian yang kita sediakan dalam Projek Reben Kuning ini.

Kita akan beri kursus latihan kepada mereka dengan tenaga-tenaga pengajar daripada IKBN (Institut Kemahiran Belia Negara) yang akan melatih mereka dengan kemahiran-kemahiran yang mereka minat dan juga peluang pekerjaan di luar dan peluang keusahawanan.”

Tambahnya lagi, Projek Reben Kuning ini tidak hanya tertumpu kepada beberapa negeri sahaja sebaliknya ia berjalan di setiap negeri iaitu 13 negeri dan dua di Wilayah Persekutuan dengan setiap negeri menawarkan kursus-kursus yang berbeza.

Beliau pada masa sama turut meluahkan rasa kagum terhadap kemampuan prospek-prospek yang mampu melakukan sesuatu kerja yang diajar dengan cukup baik sekali, malah ada yang lebih baik dari tenaga pakar yang mengajar mereka.

Dalam pada itu, Projek Reben Kuning bagi edisi tahun 2024 sebanyak 22 kursus latihan kemahiran ditawarkan dengan membabitkan sebanyak 300 prospek termasuk Kursus Asas Operasi Kedi Golf.

“Kita di KBS meyediakan kursus-kursus TVET Sukan yang mana ia disediakan oleh Akademi Kemahiran Belia Golf (AKBG) dan apa yang menarik mengenai kursus kedi golf ini adalah prospek boleh ditawarkan gaji atau elaun dari RM2,000 hingga ke RM4,000 iaitu lebih dari gaji minimum.

Jadi ramai prospek muda atau belia tertarik dan akan menyertainya. Asalnya kita buat dengan Penjara Wanita Kajang yang mana kita ada 20 orang peserta tapi baru-baru ini kita dapat lagi permohonan atau pun permintaan dari penjara untuk buat dengan prospek lelaki pula, jadi tambah lagi 20 orang.”

Kursus Teknologi Automotif (Kereta & Motosikal); Teknologi Elektrik (Pembaikan Perkakasan Letrik); Teknologi Pertanian (Pengeluaran Makanan); Teknologi Maklumat (Fotografi); Teknologi Hospitaliti (Penyajian); Teknologi Mekanikal (Kimpalan) merupakan antara kursus yang ditawarkan dalam Projek Reben Kuning.

Sementara itu, Akmal juga berharap dengan inisiatif Projek Reben Kuning ini dapat dimanfaatkan oleh prospek-prospek yang terliba tuntuk guna pakai apa yang dipelajari untuk kehidupan mereka.

Kursus Teknologi Automotif (Kereta & Motosikal); Teknologi Elektrik (Pembaikan Perkakasan Letrik); Teknologi Pertanian (Pengeluaran Makanan); Teknologi Maklumat (Fotografi); Teknologi Hospitaliti (Penyajian); Teknologi Mekanikal (Kimpalan) merupakan antara kursus yang ditawarkan dalam Projek Reben Kuning.

Sementara itu, Akmal juga berharap dengan inisiatif Projek Reben Kuning ini dapat dimanfaatkan oleh prospek-prospek yang terliba tuntuk guna pakai apa yang dipelajari untuk kehidupan mereka.

“Saya harap mereka dapat manfaatkan ilmu, kemahiran dan pengalaman serta momen-momen yang ada dalam Projek Reben Kuning untuk mereka terapkan dalam kehidupan mereka dan kuatkan diri mereka untuk ‘survive’ ketika mereka berada di dunia realiti sebenar.”