KV Kortrijk lawan Zulte Waregem, “Malaysia Derby” di Liga Belgium?

205

Dua pasukan yang beraksi dalam Liga Jupiler Pro Belgium, KV Kortrijk dan Zulte Waregem akan beraksi sesama sendiri dalam perlawanan minggu ke-28. Peminat ada sebab untuk berasa teruja memandangkan kedua-dua kelab ini mempunyai dua pemain skuad bola sepak negara.

Luqman Hakim, penyerang muda negara beraksi bersama KV Kortrijk manakala pemain berdarah campuran, Dion Cools beraksi bersama Zulte Waregem secara pinjaman dari kelab Denmark, FC Midtjylland. KV Kortrijk yang diwakili Luqman Hakim kini berada di tangga ke-12 dengan mengutip 34 mata manakala Zulte Waregem berada di tangga ke-16 dengan mengumpul 26 mata.


Peminat-peminat bola sepak negara menanti dengan penuh debar sama ada kedua-dua pemain ini akan diberikan peluang beraksi dalam perlawanan tersebut. Adakah ianya akan menjadi satu sejarah buat kancah bola sepak negara apabila ada pemain yang beraksi menentang sesama sendiri dalam liga bola sepak luar negara.

Namun, dalam masa untuk setiap peminat bersikap optimistik, sebenarnya mereka juga perlu realistik. Pertembungan kedua-dua pemain ini boleh dikatakan sukar untuk berlaku.

Luqman Hakim misalnya sepanjang menyarung jersi kelab KV Kortrijk hanya merekodkan satu penampilan bersama skuad senior. Itupun sekadar pemain gantian dalam perlawanan menentang Anderlecht dan beraksi selama 16 minit. Selepas itu, beliau seakan bergelut untuk dinamakan dalam skuad perlawanan.

Sumber: Transfermarkt.com

Beliau lebih menghabiskan masa beraksi bersama skuad bawah 21 tahun kelab Belgium itu biarpun kerap berlatih bersama skuad utama. Sehingga kini peminat masih menantikan masa terbaik untuk Luqman Hakim untuk mengetuk pintu skuad utama KV Kortrijk.

Manakala pemain berdarah campuran kelahiran Kuching, Dion Cools yang menyertai Zulte Waregem secara pinjaman dari FC Midtjylland pada jendela perpindahan musim sejuk yang lalu, merekodkan 5 penampilan liga dengan keseluruhan 405 minit permainan. Cools juga melakukan satu assist dan turut mengutip 2 kad kuning.

Sumber: Transfermarkt.com

Peluang untuk kedua-dua pemain ini beraksi sesama sendiri adalah sangat tipis. Mungkin 1%? Bukan bersikap pesimis cuma optimis. Untuk berada dalam skuad semasa perlawanan pun sukar, apatah lagi untuk berada di bangku simpanan?

Jika dilihat pada situasi kedua-dua pemain ini, Dion Cools berpeluang cerah untuk beraksi apabila berada dalam kesebelasan utama untuk Zulte Waregem ketika menentang Anderlecht. Biarpun tewas 1-2 dalam perlawanan tersebut, setidak-tidaknya memberi bayangan untuk Cools sekurang-kurangnya untuk berada dalam skuad pada hari perlawanan.

Sumber: Zulte Waregem FB