Kami tidak gembira dengan keputusan ini dan juga dengan beberapa keputusan pengadil – Simon Ellechette

dengan keputusan perlawanan malam tadi yang menyaksikan mereka tewas tipis 3-2 kepada Malaysia dalam aksi kedua peringkat kumpulan saingan Piala AMEC 2024.
Menurut Ellechette, selain keputusan perlawanan tidak berpihak kepada mereka beliau turut menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap beberapa keputusan yang dibuat oleh pengadil perlawanan.
“Sudah tentu kami tidak begitu gembira dengan keputusan ini dan juga dengan beberapa keputusan pengadil, tetapi kami telah memberikan yang terbaik dan telah buat apa yang telah dirancang.
Kami berjaya bertahan dalam situasi di mana Malaysia menguasai bola dan kami dapat kekal tenang berada di zon pertahanan dengan komposisi yang sangat baik, tapi akhirnya kami kalah,”
katanya.
Pada perlawanan kedua Kumpulan A yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) semalam telah menyaksikan Timor-Leste berjaya membuat kejutan apabila mendahului 2-1 pada separuh masa pertama namun terpaksa akur apabila Malaysia membuat kebangkitan pada separuh masa kedua.
Ellechette pada masa sama memberi kredit kepada skuad Harimau Malaya yang bermain dengan cukup baik sekali dan mereka berhak untuk menang.
Dalam pada itu, Ellechette perlawanan menentang Malaysia dapat membantu mereka untuk memperbaiki kelemahan sebelum turun beraksi untuk baki dua perlawanan menentang Singapura dan Kemboja nanti.
Malah beliau turut yakin pasukannya akan bermain dengan lebih baik lagi apabila ketua pasukan Gali Frietas mendapat pelepasan dari kelabnya untuk bermain bersama skuad negara bagi baki perlawanan.
“Kami akan mempunyai peluang untuk bermain dengan kapten kami iaitu Gali Frietas yang telah mendapat kebenaran daripada kelabnya untuk bermain dalam dua perlawanan terakhir, dan ini merupakan motivasi yang cukup baik buat pasukan kerana beliau adalah tonggak utama.”
Terdahulu Timor-Leste membuka tirai kempen Piala AMEC 2024 dengan langkah kanan apabila dibelasah teruk oleh Thailand dengan keputusan 10-0.