Ketua jurulatih baharu Harimau Malaya akan diumumkan dalam masa terdekat – Noor Azman

99

Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Noor Azman Rahman memberitahu pihak mereka akan membuat pengumuman mengenai pelantikan ketua jurulatih baharu bagi skuad Harimau Malaya.

Noor Azman bagaimanapun tidak dapat memberikan butiran lanjut mengenai tarikh atau identiti ketua jurulatih itu.


“Dalam masa terdekat, insyaAllah,”

jawabnya ringkas.

Selepas peletakan jawatan Kim Pan-gon sebagai pengendali Harimau Malaya sebelum ini, Pau Marti telah diberi tanggungjawab untuk mengendalikan skuad negara yang mana dibawah pimpinan beliau, skuad negara berjaya merangkul kejuaraan Pestabola Merdeka 2024.

Skuad negara juga kini sedang bersaing dalam kejohanan Piala AMEC 2024 yang mana mereka akan turun beraksi untuk perlawanan ketiga Kumpulan A menentang gergasi Thailand di Bangkok esok.

Malaysia kini berada di puncak Kumpulan A selepas dua perlawanan hasil satu kemenangan dan satu seri.

Dalam pada itu, bola sepak tanah air dikhabarkan akan berlaku sekaligus akan menyaksikan evolusi baru skuad negara yang akan lebih lengkap dengan beberapa penambahbaikan akan berlaku.

Ia susulan pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim telah memuat naik pelan struktur baharu skuad Harimau Malaya baru-baru ini yang mana ia carta organisasi baharu itu akan lebih teratur dan tersusun demi memastikan skuad negara mampu berada di tahap lebih tinggi.

Biarpun tiada sebarang butiran lanjut tapi di media sosial sudah bertebaran dengan khabar angin mengenai siapakah yang akan berada dalam organisasi baharu itu.

Dikhabarkan jurulatih berasal daripada Australia, Peter Cklamovski yang merupakan ketua jurulatih FC Tokyo akan menjadi pengendali baharu Harimau Malaya.

Lagenda bola sepak Australia dan bekas bintang Everton iaitu Tim Cahill juga dikatakan akan terlibat dalam projek revolusi itu.

Sementara itu, bekas pengendali Kedah Darul Aman FC, Nafuzi Zain yang meletak jawatan baru-baru ini juga dilaporkan akan terlibat dan dikatakan akan mengendalikan skuad B-23.

Pada masa sama bekas pengendali skuad negara iaitu Tan Cheng Hoe juga dikatakan akan kembali menabur bakti bersama skuad negara.

Apa pun sama-sama kita tunggu kejutan yang akan berlaku pada 15 Disember ini.