Dayang Aleesya pasang impian sarung jersi Sabah FA satu hari nanti
Dalam dunia bola sepak, bakat-bakat muda sangat penting kerana mereka adalah harapan masa depan sukan itu dan Dayang Aleesya Saffiyah merupakan antara pemain muda yang sedang meningkat naik.
Dayang yang beraksi dalam kejohanan SJKC Championship Kedah baru-baru ini mendapat perhatian ramai dengan permainan yang berkualiti.
Biarpun masih muda iaitu berusia 12 tahun, namun Dayang sudah mempunyai mempunyai cita-citanya iaitu mahu menjadikan bola sepak sebagai karier dan memasang impian untuk bermain untuk pasukan Sabah FA satu hari nanti.
“Saya memang minat dengan pasukan Sabah,”
katanya kepada Harimau Malaya.
Pasukan bola sepak Sabah merupakan antara pasukan terbaik di negara ketika ini dan mereka juga berjaya mencipta sejarah baru-baru ini apabila berjaya beraksi di pentas tertinggi Asia iaitu bermain di AFC Women’s Champions League (AWCL).
Dalam pada itu, biarpun mempamerkan permainan yang bagus Dayang bagaimanapun kurang berpuas hati dengan prestasinya secara keseluruhan kerana merasakan masih banyak yang beliau perlu perbaiki.
“Saya perlu tingkatkan lagi kelajuan dan sepakan saya.”
Tidak hanya terhad mahu bermain dalam saingan Liga Wanita Nasional (LWN) sahaja, Dayang turut berharap satu hari nanti beliau dapat menyarung jersi pasukan kebangsaan Malayan Tigress di pentas antarabangsa.
Sementara itu, Dayang menjadikan dua pemain kebangsaan iaitu Dominic Tan dan Intan Serah sebagai idolanya kerana terinspirasi dengan kehebatan kedua-dua pemain itu.