Minbappe sertai Todak: Harapan besar untuk komuniti eFootball Malaysia

44

Bintang eFootball Malaysia, Minbappe, kini melangkah ke tahap baru dalam kerjayanya apabila menyertai pasukan esukan terkemuka, Todak. 

Penyertaan ini disambut dengan rasa syukur dan penuh harapan untuk mengangkat komuniti eFootball di Malaysia ke tahap yang lebih tinggi.


Minbappe mengakui beliau terkejut apabila mendapat tawaran daripada Todak memandangkan status pasukan tersebut sebagai salah satu kuasa besar dalam arena e-sukan di Malaysia.

Pertama sekali Alhamdulillah, saya tak sangka Todak ‘approach’ saya untuk masuk ke pasukan mereka. Kita pun tahu Todak adalah pasukan yang besar”

katanya.

Menurut Minbappe, beliau mendapat tawaran daripada Todak selepas Haji Lan Todak menghubungi jurulatihnya Tengku Mi untuk berbincang tentang perkembangan eFootball di Malaysia dan dari situ jurulatihnya memperkenalkannya yang merupakan juara dunia, yang akhirnya membawa kepada keputusan Todak untuk merekrutnya.

“Bos Lan kata dekat Tengku Mi, kalau Tengku Mi dapat bawa saya, itu satu kelebihan untuk Todak.”

Dalam pada itu, Minbappe melihat peluang bersama Todak sebagai platform untuk meningkatkan populariti eFootball di Malaysia, yang kini masih dalam fasa perkembangan. 

“eFootball dekat Malaysia pun baru nak naik. Jadi, dengan kemasukan saya dekat Todak, mungkin dapat highlight lagi eFootball community dekat Malaysia.”

Namun, beliau sedar bahawa tanggungjawab yang dipikul bersama pasukan sebesar Todak datang dengan tekanan yang lebih besar. 

“Sudah pasti bila dah masuk tim Todak ni, dia punya pressure lebih tinggi berbanding sebelum ini. Tapi InsyaAllah, saya dan pasukan akan target untuk dapatkan semua tournament yang ada dekat Malaysia.”

Selain Todak, Minbappe juga mendedahkan bahawa dua pasukan besar dalam arena esukan tempatan turut menunjukkan minat untuk mendapatkan khidmatnya. Namun, beliau enggan mendedahkan nama pasukan-pasukan tersebut. 

Sementara itu, Minbappe menyertai Todak sebagai seorang pemain, bersama tiga lagi rakan sepasukannya yang terdiri daripada empat pemain eFootball mobile, manakala seorang jurulatih turut akan bersama mereka.