Arif Aiman unggul sebagai pemain tempatan termahal di Liga Malaysia

380

Pemain muda sensasi Johor Darul Ta’zim (JDT) dan kebangsaan Malaysia, Arif Aiman terus mencuri perhatian sebagai salah seorang bintang bola sepak tempatan yang paling menonjol. 

Dengan nilai pasaran terkini sebanyak 600,000 euro (kira-kira RM2.78 juta), Arif kini menjadi pemain tempatan kedua termahal selepas Dion Cools, yang bernilai 800,000 euro (kira-kira RM3.7 juta). 


Namun, Arif memegang gelaran sebagai pemain tempatan termahal di Liga Malaysia kerana Dion kini beraksi bersama kelab Buriram United dalam Liga 1 Thailand.

Nilai pasaran Arif tidak hanya mencerminkan bakatnya tetapi juga menjadikannya satu-satunya pemain tempatan dalam kelompok 10 pemain termahal di Liga Malaysia. 

Dengan berada di kedudukan keenam, senarai tersebut dikuasai oleh pemain import, membuktikan betapa berharganya Arif dalam kancah bola sepak tempatan.

Dengan prestasi cemerlang yang dipamerkan oleh pemain berusia 22 tahun telah menarik perhatian kelab antarabangsa termasuk baru-baru ini terdapat laporan mengenai beberapa kelab gergasi Iran berminat untuk mendapatkan khidmatnya.

Kelab tersebut ialah Tractor FC, pendahulu liga, dan Persepolis, yang kini berada di kedudukan ketiga Liga Persian Gulf Pro.

Bagaimanapun berdasarkan prestasi semasa Arif dan peranan pentingnya untuk JDT, terutama dalam kempen AFC Champions League Elite (ACLE) tampaknya sukar untuk Harimau Selatan melepaskan pemain itu.

Sementara itu, kejayaan Arif Aiman bukan sahaja mencerminkan keupayaan dirinya tetapi juga menjadi inspirasi kepada pemain tempatan lain. 

Dengan dedikasi, kerja keras, dan komitmen tinggi, Arif membuktikan bahawa pemain tempatan mampu bersaing dengan pemain import dan mencipta nama di peringkat tertinggi.

Perjalanan karier Arif masih lagi panjang dan kini semuanya terletak pada dirinya sama ada mahu terus mencipta keajaiban bersama JDT atau melebarkan sayap ke luar negara kerana bintang muda ini mempunya masa depan yang cukup cerah.

Arif tidak sekadar membawa nama JDT, tetapi juga mengharumkan nama Malaysia di persada bola sepak Asia.

Please rotate your device
Continue in browser
To install tap Add to Home Screen
Add to Home Screen