Esok adalah perlawanan penting, peluang terakhir untuk mara ke separuh akhir – Miroslav Kuljanac

73

Ketua jurulatih KL City FC, Miroslav Kuljanac mengakui perlawanan menentang Cong An Hanoi FC esok cukup penting bagi pasukannya kerana ia adalah peluang mereka sekiranya mahu mara ke peringkat separuh akhir ASEAN Club Championship (ACC).

Menurut Miroslav, walaupun selepas tiga kekalahan berturut-turut beliau menegaskan bahawa pasukannya tidak terkesan dengan keputusan tersebut.


“Saya tidak kira berapa banyak kami kalah kerana kami bermain menentang pasukan yang kuat. Esok malam adalah perlawanan penting, mungkin peluang terakhir untuk mara ke separuh akhir.

Tiada masa untuk mengeluh, kami ada Padang bola sepak, kami akan berjuang untuk kelab ini, untuk diri sendiri dan untuk maruah kami,”

katanya.

Esok KL City akan turun dalam perlawanan keempat Kumpulan B menentang pendahulu kumpulan di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur.

Dalam pada itu, Miroslav turut bergelut dengan pasukan yang kini sedang berdepan isu kecederaan pemain tetapi beliau percaya dengan semangat dan pengalaman akan membantu mereka menghadapi pasukan lawan.

“Banyak kecederaan yang kami hadapi adalah jangka panjang, tiada harapan untuk mereka kembali dalam masa terdekat dan kami tidak dapat mengubah situasi ini.”

Miroslav bagaimanapun berkata bermain di tempat sendiri akan memberi kelebihan moral buat pasukan walaupun menghadapi cabaran seperti jadual padat dan kecederaan.

Biarpun sedar Cong An Hanoi adalah pasukan terbaik di liga Vietnam, namun beliau berkata dalam bola sepak apa sahaja boleh berlaku.

“Mereka adalah pasukan yang kuat, tetapi bola sepak tidak dapat diramal. Apa-apa pun boleh berlaku dan saya yakin pasukan saya akan memberikan segalanya di atas padang.”

“Mereka adalah pasukan yang kuat, tetapi bola sepak tidak dapat diramal. Apa-apa pun boleh berlaku dan saya yakin pasukan saya akan memberikan segalanya di atas padang.”