Jika anda cukup bagus, anda akan berpeluang sarung jersi Harimau Malaya – Peter Cklamovski

1,024

Ketua jurulatih pasukan kebangsaan Malaysia baharu, Peter Cklamovski memberitahu bahawa setiap pemain mempunyai peluang untuk menyarung jersi negara sekiranya mereka menampilkan prestasi terbaik.

“Semua pemain mempunyai peluang untuk meningkatkan prestasi dan mendapat peluang bermain untuk negara. Jadi tiada siapa yang terkecuali, tidak kira usia. Jika anda cukup bagus, anda akan berpeluang untuk bermain,”

katanya.

Peter tanpa berselindung mengakui terdapat kelemahan yang perlu diperbaiki dan ia memerulakan kerjasama sama daripada semua pihak.


“Saya rasa jelas terdapat kelemahan yang perlu diperbaiki, dan bersama-sama dengan semua pihak dalam persatuan, kakitangan, serta pemain yang terpilih mewakili negara, kami akan turun padang dalam setiap perlawanan untuk membuatkan setiap rakyat Malaysia bangga dan teruja menyaksikan pasukan ini bermain.”

Dalam pada itu, Peter berkata pelantikannya sebagai pengendali Harimau Malaya sebagai satu penghormatan buat dirinya dan beliau berjanji akan bekerja keras untuk meningkatkan prestasi pasukan.

Beliau pada masa sama turut mengakui fokus utama ketika ini adalah untuk membuat persiapan rapi bagi mengharungi pusingan ketiga Kelayakan Piala Asia 2027 pada bulan Mac ini.

“Ia menjadi fokus utama kami. Masih ada dua bulan untuk bersiap sedia, dan kami akan memanfaatkan masa ini dengan baik. Saya menantikan proses ini, masuk ke fasa latihan bersama pemain untuk kali pertama, dan kemudian bekerja keras untuk membentuk pasukan yang kuat.”

Sementara itu, Peter enggan mengulas lanjut mengenai status pemain warisan yang akan memperkuatkan skuad negara kerana ia masih dalam proses.

Please rotate your device
Continue in browser
To install tap Add to Home Screen
Add to Home Screen