Masa depan Luqman Hakim: Kembali ke Malaysia atau terus berkelana di luar negara?

606

Pejam celik sudah hampir lima tahun penyerang muda berbakat Malaysia, Luqman Hakim Shamsudin bersama kelab KV Kortrijk yang mana kontraknya bakal tamat pada bulan Ogos depan.

Luqman yang sering dianggap sebagai salah satu harapan terbesar bola sepak Malaysia dan sejak menyertai kelab tersebut pada tahun 2020, perjalanan Luqman di Eropah telah melalui pelbagai cabaran dan pengalaman yang membentuk dirinya sebagai seorang pemain bola sepak profesional.


Namun, dengan masa depannya yang semakin hampir kepada tempoh penilaian semula, persoalan besar kini timbul; Adakah Luqman akan kembali beraksi di Liga Super Malaysia, atau adakah dia akan terus mencuba nasib di Eropah atau liga lain di Asia?

Sejak menyertai KV Kortrijk pada tahun 2020, Luqman telah melalui pelbagai pengalaman berharga dan walaupun tidak banyak mendapat peluang bermain dalam pasukan utama, beliau telah menunjukkan potensi besar semasa bermain untuk pasukan simpanan dan dalam sesi latihan. 

Pada tiga tahun pertama, Luqman bermain dalam saingan Jupiler Pro League dan Croky Cup di mana beliau hanya diberi peluang untuk turun dalam tiga perlawanan sahaja dengan jumlah minit permainan yang cukup sedikit iaitu sebanyak 19 minit sahaja.

Luqman kemudian berhijrah ke kelab Iceland iaitu UMF Njardvík pada penghujung 2023 secara pinjaman di mana kelab tersebut beraksi di liga divisyen dua, Lengjudeild yang mana beliau bukan sahaja berjaya mendapat minit permainan yang banyak iaitu sebanyak 171 minit permainan dalam sembilan perlawanan tetapi juga berjaya menjaringkan satu gol.

Beliau juga turut diturunkan dalam tiga perlawanan pada saingan piala Mjólkurbikarinn yang menyaksikan beliau mendapat 146 minit permainan dan menjaringkan satu gol.

Selepas itu, Luqman telah kembali ke Asia selepas beliau dipinjamkan ke sebuah kelab yang beraksi di liga divisyen tiga J3 League iaitu Yokohama Sports & Culture Club.

Di sana, beliau berjaya diturunkan dalam lapan perlawanan dengan jumlah minit permainan sebanyak 121 minit, serta sempat diturunkan dalam satu perlawanan J. League Cup untuk 13 minit sahaja.

Persaingan sengit dan kekurangan minit permainan mungkin membuatkan Luqman kini harus mempertimbangkan pilihan lain untuk perkembangan kariernya.

Salah satu pilihan yang mungkin dipertimbangkan olehnya adalah kembali ke Malaysia dan bermain untuk pasukan Liga Super.

Kembali ke Malaysia boleh memberikan beliau peluang untuk menjadi pemain utama dan mendapatkan lebih banyak minit permainan. 

Selain itu, beliau boleh menjadi inspirasi kepada pemain muda Malaysia yang bercita-cita untuk bermain di luar negara.

Jika Luqman memilih untuk terus bermain di Eropah, beliau mungkin akan mencari kelab baru yang boleh memberikan lebih banyak peluang bermain dengan liga-liga kecil di Eropah seperti di Belgium, Belanda, atau Scandinavia mungkin menjadi pilihan yang sesuai untuk beliau terus berkembang.

Selain itu, beliau juga boleh mempertimbangkan untuk menyertai kelab di negara Asia yang mempunyai liga yang lebih kompetitif, seperti Jepun, Korea Selatan, atau Thailand. 

Liga-liga ini bukan sahaja menawarkan persaingan yang sengit tetapi juga pendedahan antarabangsa yang lebih baik berbanding Liga Super Malaysia.

Sementara itu, Asia juga menawarkan peluang menarik untuk Luqman Hakim. Liga-liga seperti J-League (Jepun), K-League (Korea Selatan), atau Thai League 1 (Thailand) terkenal dengan tahap persaingan yang tinggi dan infrastruktur yang baik. 

Menyertai kelab di Asia boleh menjadi langkah bijak untuk beliau mendapatkan lebih banyak pengalaman dan pendedahan antarabangsa tanpa perlu menghadapi tekanan yang terlalu tinggi seperti di Eropah.

Biarpun tiada sebarang pengumuman rasmi buat masa ini mengenai masa depan Luqman, jadi sama-sama kita tunggu perkembangan beliau dari semasa ke semasa.

Sama ada beliau memilih untuk kembali ke Malaysia, meneruskan karier di Eropah, atau menyertai kelab di Asia, yang penting adalah beliau mendapat peluang untuk terus berkembang dan menunjukkan bakat sebenar.

Setakat ini, Luqman Hakim belum membuat sebarang pengumuman rasmi mengenai masa depannya, apa yang pasti, keputusan beliau akan memberi impak besar bukan sahaja kepada kariernya tetapi juga kepada masa depan bola sepak Malaysia.

Apa pun keputusannya, kami berharap Luqman akan terus berjaya dan menjadi kebanggaan negara!

Please rotate your device
Continue in browser
To install tap Add to Home Screen
Add to Home Screen