Giliran Aliff Rakib pula cipta nama di ONE Championship

Anak jati Rantau Panjang, Kelantan, Aliff Rakib, bakal beraksi di pentas ONE Fight Night, berdepan lawan dari Rusia, Shamil Adukhov, yang akan membuat debut dalam kejohanan berprestij ini.
Sebelum ini, Aliff sepatutnya bertarung dengan Thongpoon, seorang fighter dari Thailand.
Namun, akibat kecederaan, Thongpoon terpaksa menarik diri, dan tempatnya digantikan oleh Adukhov.
Perubahan lawan di saat akhir ini semestinya satu cabaran besar bagi Aliff, tetapi ia juga menjadi peluang untuknya membuktikan kemampuan sebenar di pentas antarabangsa.
Sebagai salah seorang wakil Malaysia di arena seni bela diri campuran (MMA), Aliff telah menunjukkan semangat juang yang tinggi dalam setiap perlawanan.
Kini, beliau bakal berdepan dengan lawan yang belum pernah diuji di pentas ONE Fight Night, menjadikan pertembungan ini lebih mendebarkan.
Aliff menjadi seorang lagi petarung dari Malaysia yang akan beraksi di pentas ONE Championship Selepas Johan ‘Jojo’ Ghazali, Rifdean Masdor dan Kabilan Jevelan.
Marilah kita sama-sama memberi sokongan penuh kepada Aliff Rakib dalam perjuangannya di ONE Fight Night!
Semoga beliau berjaya mengharumkan nama Malaysia di persada dunia.