Mahkamah Tinggi Kangar putuskan tuntutan Perlis FA terhadap FAM gagal

135

Mahkamah Tinggi Kangar hari ini memutuskan bahawa tuntutan Persatuan Bolasepak Perlis (PFA) terhadap Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dibatalkan. 

Keputusan ini dibuat selepas mahkamah mendengar permohonan FAM berhubung kes yang difailkan oleh PFA.


Kes ini berkaitan dengan permohonan PFA untuk mendapatkan perintah injuksi bagi menghalang FAM daripada meneruskan Kongres FAM yang dijadualkan berlangsung pada 15 Februari 2025. 

Namun, mahkamah menolak tuntutan tersebut, sekali gus membuka laluan untuk kongres itu diteruskan seperti yang dirancang.

Dalam kes ini, FAM dan barisan Exco-nya telah diwakili oleh barisan peguam yang terdiri daripada Dato’ Malik Imtiaz, Souren Ananthan, Yogan Sivam, dan M Rajkumaran. 

Selain membatalkan tuntutan PFA, mahkamah turut memerintahkan agar PFA membayar kos guaman kepada FAM.

Keputusan ini sekaligus mengesahkan bahawa FAM mempunyai kuasa penuh untuk meneruskan agenda Kongres FAM 2025 tanpa sebarang halangan.

Datuk Noor Azman Haji Rahman, Setiausaha Agung FAM, mengesahkan keputusan ini dalam satu kenyataan rasmi.