Dr. Jo beri bayangan terdapat kemungkinan Selangor FC II bermain di SPL jika Liga Perdana/Piala MFL tiada

1,462

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Selangor FC, Dr Johan Kamal Hamidon memberi bayangan terdapat kemungkinan mereka akan menghantar pasukan kedua Selangor FC II yang kini beraksi di Piala MFL bermain di Singapore Premier League (SPL) sekiranya liga B-23 itu dimansuhkan.

“Kami komited dengan Liga Malaysia, tetapi kami juga perlu bersedia untuk semua kemungkinan. Kalau kita pun tak dapat pengumuman mengenai Liga Perdana ke Piala MFL mungkin pasukan kedua kita boleh hantar ke SPL.

Tapi sudah tentu banyak perkara yang perlu dipertimbangkan tapi kalau jika Perdana atau Piala MFL berlangsung, sudah tentu kita akan hantar pasukan bermain di sini. Kami masih menanti pengumuman kerana kita sudah tandatangani kontrak dengan pemain,”

katanya.

liga Malaysian Football League (MFL) akan memansuhkan Piala MFL (Liga B-23) dan memperkenalkan semula Liga Perdana bagi musim 2025/26, tapi sehingga kini tiada sebarang butiran lanjut mengenai perkara itu.


Pada masa sama Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) baru-baru ini juga telah membuka permohonan kepada mana-mana kelab bola sepak termasuk kelab dari luar negara yang ingin bermain di SPL boleh membuat permohonan.

Dalam pada itu, Dr Johan juga memberitahu bahawa mesyuarat rakan kongsi MFL akan berlangsung pada minggu hadapan dan berkata mungkin pengumuman akan dibuat pada waktu itu.

“Kami akan tunggu pengumuman daripada MFL dahulu sebelum membuat sebarang keputusan. Kita boleh teroka sebab kita ada skuad yang memang tak ada tempat nak main dan sekiranya tiada liga yang sesuai. Jika ada, maka kita akan teruskan seperti biasa. Sementara itu, kita hanya bersedia dengan ‘plan B’ sahaja.”

Sementara itu, Dr Johan juga berkata beliau tidak pasti samada FAS akan terima pasukan kedua bermain di SPL atau tidak.