Reezpiupui kongsi analisis prestasi pasukan Malaysia dan harapan untuk masa depan

Bagi peminat Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) di Malaysia, Johor Bahru sekali lagi menjadi tumpuan apabila Snapdragon Pro Series (SPS) Asia Pacific (APAC) Challenge Musim Ke-6 berlangsung di sana.
Acara ini bukan sahaja menampilkan pertarungan sengit antara pasukan terbaik Asia Pasifik, tetapi juga menyaksikan sambutan hangat penyokong tempatan, namun sedih berikutan wakil Malaysia iaitu Selangor Red Giants (SRG) tersingkir.
Pengulas popular MLBB, Reezpiupiu (Riz) menegaskan bahawa negara tidak boleh bergantung hanya pada satu pasukan untuk bersaing di peringkat antarabangsa.
“Kita tak boleh harap SRG saja jadi wakil. Perlu ada 2-3 pasukan lain seperti Monster Vicious, Vamos, atau Todak yang tampil lebih agresif.
Meta MLBB berubah sangat laju. Semalam patch note baru keluar, hari ni semua kena adapt. Pasukan luar seperti Filipina boleh tangkap meta dalam masa singkat, tapi kita masih tertinggal. Ini yang perlu dibaiki,”
katanya kepada Harimau Malaya.
Dalam pada itu, Riz turut mengulas lanjut mengenai pembaharuan erbaru yang mengurangkan kekuatan hero seperti Granger (nerf) dan meningkatkan hero carry seperti Claude (buff). Namun, beliau kurang berpuas hati dengan perubahan tersebut.
“Saya sebenarnya lebih suka jika hero tank/fighter sebagai jungle kekal relevan lebih lama. Ini membolehkan kita lihat bakat muda yang mahir main hero mekanikal tinggi seperti Fanny atau Ling.”
Namun, beliau optimis dengan kemunculan hero seperti Selena yang mungkin kembali dominan dalam meta baharu.
Sementara itu, Riz turut memberi pandangannya mengenai apa yang diperlukan oleh pasukan dari Malaysia untuk cemerlang di pentas antarabangsa iaitu perlunya ada pembangunan pasukan pelapis, sokongan penonton dan adapatasi meta dengan pantas.