Giorgio Pompili Rossi bukan lagi CEO MFL?

1,042

Mengejutkan apabila terdapat khabar angin mengenai perubahan dalam kepimpinan Malaysian Football League (MFL) apabila difahamkan bahawa Giorgio Pompili Rossi kini bukan lagi Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) badan pengelola liga bola sepak utama negara.

Perkara itu didedahkan oleh seorang wartawan sukan Astro Arena yang memuat naik ciapan di laman sosial X; ‘Difahamkan, Giorgio Pompili Rossi kini bukan lagi CEO MFL.”


Berita ini nyata mengejutkan ramai kerana Rossi dilantik sebagai CEO MFL yang baharu bagi menggantikan Datuk Stuart Ramalingam untuk membawa perubahan berdasarkan pengalamannya sebagai delegasi LaLiga ke Malaysia.

Setakat ini, MFL masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi bagi mengesahkan atau menafikan laporan tersebut.

Sekiranya benar, perubahan kepimpinan ini boleh memberi kesan kepada perjalanan liga yang masih berlangsung ketika ini.

Peminat bola sepak tempatan kini menantikan pengumuman rasmi daripada MFL bagi mendapatkan kepastian serta hala tuju baharu selepas perubahan ini.