Rikazu pasang impian mahu sarung ‘jersi’ Selangor Red Giants

Pemain e-sukan Mobile Legends Bang Bang (MLBB), Zakir ‘Rikazu’ Najimi memasang impian untuk menyarung jersi pasukan gergasi Selangor Red Giants (SRG) untuk bersaing dalam saingan Mobile Legends: Bang Bang Professional League (MPL) Malaysia.
“Kalau boleh nak masuk SRG. Mereka kuat dan saya rasa boleh belajar banyak dari pemain profesional di sana,”
katanya kepada Harimau Malaya.
Rikazu berkata demikian selepas beliau bersama pasukannya MSPxMADFOX berjaya menjuarai kejohanan MSL Championsip S4 buat pertama kali yang berlangsung baru-baru ini.
Pada kejohanan tersebut, Rikazu menjadi sebutan ramai selepas mempamerkan permainan cukup cemerlang sebagai ‘Jungler’.
“Kami rasa seronok sebab ini pertama kali kami jadi juara. Sebelum ini, kami pernah cuba tapi tak berjaya, namun kali ini kami lebih fokus pada persiapan.
Dulu kami main jauh-jauh, sekarang kami tinggal bersama, latihan intensif setiap hari. Itu yang buat kami lebih kompak.”
Dalam pada itu, Rikazu mengakui bergelar sebagai atlet e-sukan pada usia mudah tidak mudah buat dirinya kerana pernah berdepan banyak cabaran terutamanya untuk menyakinkan ibu bapa dan gurunya tentang kerjaya dalam ‘gaming’.
“Awal-awal, ibu bapa tak setuju. Tapi lepas saya menang beberapa pertandingan kecil, mereka mula sokong.”
Sementara itu, Rikazu berkata beliau kini terus bekerja keras untuk meningkatkan kualiti permainannya bagi memastikan dirinya layak untuk bermain di MPL berikutan ‘level’ liga cukup tinggi dan kompetitif.