Azmeer Yusof cipta sejarah sebagai ketua jurulatih, bawa JSJ IPD GOMBAK raih gelaran pertama

Bekas pemain Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Azmeer Yusof yang beralih ke dunia kejurulatihan telah berkongsi berita gembira selepas beliau berjaya memimpin pasukan JSJ IPD Gombak meraih kejuaraan pertama di bawah bimbingannya.
Kejayaan yang dikongsi di laman sosial Facebook miliknya menjadi bukti kebolehannya mengadaptasi peranan baharu di luar padang selepas bergelar pemain profesional suatu ketika dahulu.
Azmeer, yang pernah menjadi tonggak penting Sang Kenari telah mengambil keputusan untuk bersara dan kemudian telah menceburi bidang kejurulatihan dan telah diberi kepercayaan untuk mengendalikan JSJ IPD Gombak.
“Piala pertama sebagai seorang jurulatih, Alhamdulillah. Tahniah kepada pasukan JSJ IPD Gombak! Sejarah tercipta buat pertama kali menjadi juara! Terima kasih kepada pihak pengurusan dan pemain-pemain. Ini kenangan terindah buat kita semua.”
Kejayaan Azmeer membuktikan bahawa kerjaya sebagai jurulatih boleh menjadi pilihan berdaya saing untuk bekas pemain. Ramai melihatnya sebagai contoh bagaimana pengalaman di padang boleh diterjemahkan ke dalam strategi kepimpinan yang berkesan.
Tahniah, Azmeer Yusof dan JSJ IPD Gombak!