Pelantikan Mohd Shazli sebagai Pemangku CEO untuk pastikan kelancaran operasi liga

Pelantikan Mohd Shazli sebagai Pemangku CEO untuk pastikan kelancaran operasi liga
Malaysian Football League (MFL) hari ini mengumumkan pelantikan Mohd Shazli Shaik Mohd, Ketua Pegawai Operasi (COO) sedia ada, sebagai Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) berkuat kuasa pada 3 Mac 2025.
Pelantikan Shazli Shaik adalah susulan pemergian Giorgio Pompili Rossi baru-baru ini mengejutkan ramai dan bagi memastikan kelancaran operasi liga domestik menjelang ketibaan CEO tetap baharu pada masa depan.
Mohd Shazli bukanlah nama baharu dalam ekosistem bola sepak Malaysia kerana beliau menyertai MFL pada 2018 sebagai COO dan sejak itu memainkan peranan penting dalam menguruskan operasi harian liga.
Antaranya pengurusan pertandingan, koordinasi dengan kelab dan pembangunan sekretariat.
Dengan pengalaman sebagai COO itu menjadikan beliau sebagai figura tepat untuk memikul tanggungjawab sementara itu.
MFL kini sedang dalam proses mencari CEO baharu yang dijangka akan diumumkan sebelum saingan musim 2024/25 tamat.