Nova Esports Malaysia mahu terus gegar dunia HOK selepas kejayaan di Filipina

100

Pasukan Honor of Kings (HOK) Malaysia, Nova Esports, mencipta sejarah apabila berjaya menjuarai Honor of Kings Invitational Season 3 yang berlangsung di Filipina. 

Kemenangan ini bukan sahaja membuktikan kehebatan mereka dalam arena e-sukan, malah membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM446,350.


Menurut pengurus pasukan, Noel berkata kejayaan Nova Esports bukan datang dengan mudah kerana sebelum ini mereka tewas dalam kejuaraan HOK di Indonesia sehingga mereka terpaksa melakukan perubahan drastik dengan mengambil jurulatih baharu dari China.

“Sebenarnya, selepas kami tewas dalam Kejuaraan HOK di Indonesia, kami membuat beberapa penyesuaian. Kami mengambil jurulatih baharu dari China, iaitu Xiangjun. Selain itu, kami juga menukar strategi kami.”

katanya.

Tambah Noel lagi, selain perubahan dalam barisan kejurulatihan, beliau juga berkata pasukan menjalani latihan intensif setiap hari untuk meningkatkan prestasi dan keserasian pemain.

“Kami mengekalkan latihan intensif setiap hari. Ini yang membantu kami menjadi juara. Terima kasih atas semua sokongan anda.”

Dalam pada itu, Noel berkata kejayaan mereka itu menjadi pemangkin semangat buat Nova Esports Malaysia untuk terus mendominasi kejohanan e-sukan di peringkat antarabangsa.