7 pasukan terbaik akan berentap untuk rebut trofi MSIG Serenity Cup

100

Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) kembali menganjurkan kejohanan MSIG Serenity Cup yang akan menyaksikan sebanyak tujuh pasukan ASEAN (Asia Tenggara) akan berentap pada kejohanan edisi ke-12 ini.

Kejohanan ini telah bermula sejak tahun 2004, dengan 12 edisi sebelumnya menampilkan aksi bola sepak berkualiti tinggi daripada bintang wanita dan bakat muda di rantau ini. 


Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, selari dengan peningkatan populariti bola sepak wanita di peringkat global, prestasi pasukan kebangsaan wanita ASEAN juga semakin meningkat. 

Thailand telah layak ke Piala Dunia Wanita FIFA pada 2015 dan 2019, sementara Filipina dan Vietnam menyertai edisi 2023.

Tujuh pasukan ASEAN, termasuk juara bertahan Filipina, juara empat kali Thailand, juara tiga kali Vietnam, serta Kemboja, Indonesia, Myanmar, dan Singapura, akan bertanding untuk merebut gelaran juara wanita ASEAN dan trofi MSIG Serenity Cup yang baharu, yang diperkenalkan secara rasmi hari ini. 

Pasukan Australia, yang merupakan separuh akhir Piala Dunia Wanita FIFA 2023 dan juga ahli AFF, turut menyertai kejohanan ini.

“Kerjasama kami dengan MSIG, sebuah syarikat yang memperjuangkan kesaksamaan jantina, diasaskan atas visi bersama untuk membangunkan dan memajukan bola sepak wanita ASEAN di semua peringkat. 

Ini juga menandakan era transformasi bagi bola sepak wanita di rantau ini. Fokus utama kami adalah memperkasa kejohanan wanita terulung ASEAN – MSIG Serenity Cup™ – serta memberi sokongan kepada pemain dan pasukan kebangsaan wanita ASEAN untuk mencapai impian mereka. Ini akan menginspirasi generasi pemain bola sepak wanita sekarang dan akan datang,”

ujar Mejar Jeneral Khiev Sameth, Presiden AFF.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai MSIG Serenity Cup dan acara lain dalam ASEAN United FC, layari https://aseanutdfc.com/ dan ikuti @aseanutdfc di Instagram, Facebook, TikTok, YouTube, dan X.