Piala Esports Malaysia 2025: 16 Pasukan sah berentap di Pavilion Bukit Jalil!

265

Persekutuan Esports Malaysia (MESF) secara rasmi mengumumkan senarai 16 pasukan yang bakal bersaing dalam Piala Esports Malaysia 2025, kejohanan esports terbesar negara yang menggabungkan pasukan dari liga elit MPL Malaysia dan liga pembangunan MAL. 

Kejohanan ini dijadualkan berlangsung di Pavilion Exhibition Centre, Bukit Jalil, walaupun tarikh tepat, format, dan jumlah hadiah masih belum didedahkan.


Kejohanan ini akan menyaksikan sebanyak 16 pasukan yang terdiri dari gabungan juara dan pendatang banyak yang berjaya melayakkan diri ke kejohanan,

MPL Malaysia (Tier 1)

Red Esports – Juara bertahan MPL MY Season 10.

Team Rey – Pasukan konsisten dengan strategi meta agresif.

Team Haq – Dikenali dengan roster muda berbakat.

Homebois – Pakar dalam late-game comeback.

Vamos – Pasukan campuran veteran dan bakat baharu.

Todak – Legenda esports Malaysia dengan 4 trofi MPL.

Jp Niners – Pasukan underdog yang kerap mengejut.

Monster Vicious – Peningkatan mendadak musim lalu.

MAL (Tier 2)

HB Arcane – Akademi rasmi Homebois.

Ocean Black – Dikuasai pemain solo queue teratas.

CG Esports – Pasukan dari komuniti college gaming.

DXSoul Esports – Dikendalikan oleh bekas pro player.

Gamesmy Ace – Fokus pada mechanical skills.

Kelantan – Wakil negeri pertama dalam esports.

MV Moonchild – Rookie dengan potensi tinggi.

Todak Legion – Pasukan simpanan Todak.

Harapan & Cabaran: Jurang Tier 1 vs Tier 2

Piala Esports Malaysia 2025 diharap menjadi platform untuk menilai perkembangan liga pembangunan MAL selepas dua musim dijalankan. 

Persoalan yang menjadi tumpuan adalah adakah pasukan dari Tier 2 mampu untuk beri saingan kepada pasukan yang beraksi di Tier 1.

Piala Esports Malaysia 2025 akan berlangsung dari 8 Mac hingga 23 Mac 2025 dan terdiri daripada beberapa peringkat utama:

Peringkat Kumpulan (8-11 Mac 2025) – Enam belas pasukan akan bertanding secara dalam talian di peringkat kumpulan.

Peringkat Play-In (14-16 Mac 2025) – Lapan pasukan yang layak akan ke peringkat play-in dengan format “double-elimination”. Peringkat Akhir (22-23 Mac 2025) – Aksi kemuncak kejohanan ini akan diadakan secara luar talian di antara pasukan terbaik negara.

Dalam pada itu, Pavilion Exhibition Centre dipilih sebagai lokasi utama kerana kapasiti besar (20,000 penonton) dan kemudahan teknologi terkini. Ia pernah menganjurkan kejohanan besar seperti PUBG Global Championship 2023.

Nantikan perkembangan terbaru dari semasa ke semasa.