“Tak sangka mampu jadi no 1 dunia! Pernah alami ‘anxiety’ pada tahun 2024!”

Temubual eksklusif bersama Jaguh boling padang negara, Nor Farah Ain Abdullah ketika ditemui di Majlis Pelancaran Musim ke 4 FAS Women’s League (WSL) 2025.
Farah meraih pingat emas dalam acara individu wanita pada Kejohanan Boling Padang Dalam Dewan Dunia 2024 di Guernsey. Beliau juga mencipta sejarah dengan bergelar pemain nombor satu dunia hari ini.