“Gembira dapat jemputan khas dari IBA! Nasihat influencer jangan jatuhkan maruah sukan kombat!”

Temubual eksklusif bersama atlet tinju profesional negara Kilat Boy atau nama sebenarnya, Daeloniel Mcdelon Bong yang baru-baru ini menerima jemputan khas untuk bertanding di IBA International Continental Boxing hasil rekod cemerlangnya dalam sukan tinju.
Beliau turut memberi pendapat tentang sukan kombat yang sedang meningkat naik di Malaysia, serta menjawab desas-desus tentang penyertaannya di Byon Combat Indonesia akan datang.
#harimaumalaya #demimalaysia #suarapenyokong