“Saya ambil cabaran dan peluang berkelana di luar negara! Tak balik raya sebab liga masih berjalan!”

Temubual eksklusif bersama jurulatih kecergasan dan pembantu jurulatih Nam Dinh FC, Mashiedee Sulaiman dan Video analyst Nam Dinh FC, Idham Anuar mengenai pengalaman sepanjang berkelana di kelab Vietnam.
Coach Mashiedee sebelum ini pernah berkhidmat sebagai jurulatih kecergasan Selangor FC 2 dan jurulatih kecergasan skuad B-22 pada tahun 2019.
Coach Idham juga pernah bersama skuad B-22 ketika AFC U-23 Asian Cup di Qatar sebelum berhijrah ke Nam Dinh FC sebagai Video analyst pada Mei 2024.