Saya tiada peluang langsung jika bertanding untuk jawatan Presiden FAM – Lim Teong Kim

4,541

Bekas Pengarah Akademi Mokhtar Dahari (AMD), Lim Teong Kim mengakui dirinya tidak mempunyai peluang langsung sekiranya bertanding untuk jawatan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

“Tiada peluang langsung untuk saya menang jawatan Presiden FAM. Terlampau banyak kroni di sana jadi saya tidak mungkin akan dapat jawatan itu,”

katanya kepada Harimau Malaya.

Menurut Teong Kim, walaupun beliau tahu ramai peminat yang mencadangkan namanya untuk menerajui tampuk kepimpinan badan induk bola sepak negara itu, tetapi semua itu hanya cakap sahaja.


Beliau bagaimanapun mendesak agar satu rombakan drastik dilakukan dalam FAM termasuk menukar Presiden FAM ketika ini iaitu Datuk Hamidin Mohd Amin.

“Sebab itu saya kata bola sepak Malaysia perlu presiden baru, yang berani membuat keputusan yang orang tak suka tetapi bola sepak akan maju.”

Tambahnya, peminat menghargai apa yang beliau lakukan dan sering menjawab segala pertanyaan mereka membabitkan bola sepak.

Dalam pada itu, selain menjawab segala persoalan peminat, bekas jurulatih pembangunan di Bayern Munich ini turut mengakui sering dihubungi oleh pemain-pemain muda.

“Ramai sebenarnya pemain-pemain muda tempatan yang bertanya dan meminta nasihat saya bagaimana mahu mempertingkat kualiti permainan mereka.”

Sementara itu, Teong Kim berkata beliau sentiasa terbuka untuk berkongsi ilmu bola sepak dengan pemain, jurulatih atau sesiapa sahaja pun yang bertanya kepadanya.

Please rotate your device
Continue in browser
To install tap Add to Home Screen
Add to Home Screen