Putera Sufrie Nizam juara LaLiga Beat The Best Malaysia, bakal terbang ke Sepanyol!

27

Pemain e-sukan FIFA profesional, Putera Sufrie Nizam mencipta kejutan gemilang dengan menjuarai LaLiga Beat The Best Malaysia 2024 selepas menewaskan Muhammad Faiz Hariry dalam final yang mendebarkan di SP Sports Park, Kuala Lumpur.

Dengan kemenangan 7-6 selepas comeback dramatik, Putera membawa pulang hadiah wang tunai RM2,500 dan tiket lawatan eksklusif ke LaLiga Sepanyol.


Pada final yang penuh tekanan, Putera hampir tewas selepas ketinggalan 1-4 pada separuh masa pertama. Namun, ketenangan mental dan pengalaman 8 tahun bermain FIFA membantunya bangkit. 

“Saya motivasi diri dengan bisikkan ‘boleh, boleh, boleh’ berulang kali. Mental kuat kunci utama.”

ujarnya kepada Harimau Malaya.

Golden Goal pada minit akhir perlawanan menyaksikan dia melengkapkan comeback 3 gol berturut-turut, sekaligus meraih gelaran juara. 

“Saya sendiri terkejut. Tapi pengalaman main di liga turun-naik bantu saya kekal fokus.”

Dalam pada itu, hadiah lawatan ke Sepanyol bakal dimanfaatkan sepenuhnya oleh Putera. 

“Saya akan simpan sebahagian wang untuk persiapan kejohanan antarabangsa. Selebihnya, saya kongsi dengan fans yang selalu menyokong.”

Sementara itu, sasaran seterusnya buat Putera adalah untuk menjuarai EPL Malaysia World Final untuk ke ‘play-in’ di London.