Rough suarakan keyakinan terhadap wajah baharu Monster Vicious untuk MPL Malaysia musim ke-15

22

Tonggak utama pasukan Mobile Legends Bang Bang (MLBB) Team Monster Vicous, Rough memberi bayangan mengenai saingan MPL Malaysian musim ke-15 yang akan membuka tirainya tidak lama lagi.

Menurut Rough, sesi latihan pasukan sejak kebelakangan ini menunjukkan hasil yang sangat positif, walaupun sesekali mereka bereksperimen dengan strategi baharu.


“Alhamdulillah setakat ni training kita orang hasilnya memang positif hari-hari. Kadang-kadang bila cuba benda baru, ada yang kurang menjadi, ada yang menjadi. Tapi kita cuba baiki dari situ,”

katanya kepada Harimau Malaya.

Antara elemen penting yang memberi impak besar pada persiapan mereka adalah kehadiran pemain baharu, Roundel, yang berjaya menyesuaikan diri dengan pantas bersama pasukan.

“Roundel ni senang masuk dengan kita orang. Dia ada attitude yang ngam — jenis tak takut, senang connect. Jadi untuk chemistry pasukan tu memang cepat tercapai.”

Dalam pada itu, Rough turut mengakui bahawa tekanan atau “kerasan” musim ini terasa lebih ringan berbanding musim sebelumnya. Ini memberi ruang kepada pasukan untuk bermain dengan lebih yakin dan fokus.

Ketika ditanya mengenai ramalan pasukan teratas musim ini, Rough tanpa ragu berkata pasukannya mampu berada dalam kedudukan Top 3.

“Top 3? SRG, MV (Monster Vicious), dan Vamos.”

Sementara itu, dengan keserasian pasukan yang semakin kukuh dan latihan intensif yang berterusan, Rough dan rakan-rakan di Monster Vicious kini berada dalam kedudukan bersedia untuk memberikan saingan sengit dalam MPLMY S15.