Vamos sasar Playoff MPLMY Musim 15, Soloz sokong bakat muda Error 404

37

Pengasas pasukan esports Mobile Legends terkemuka Malaysia, Vamos, Soloz, tampil yakin dengan persiapan anak buahnya menjelang saingan MPL Malaysia musim ke-15 yang bakal membuka tirai hujung minggu ini. 

Selepas berjaya mara ke Grand Final musim lalu, Soloz meletakkan sasaran sederhana untuk pasukan Vamos musim ini.


“Target utama masuk playoff. Tapi kalau pemain boleh lebih dari itu, kami ambil sebagai bonus. Dorang dah cukup stress di pentas. Kami tak nak tambah beban. Biar mereka enjoy proses, hasil akan ikut,”

katanya kepada Harimau Malaya.

Soloz berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran telefon realme 14 Series di IOI City Mall yang mana beliau juga merupakan duta realme.

Untuk perlawanan pembukaan MPL MY pada hujung minggu ini, Vamos bakal berdepan juara bertahan SRG.OG yang mana beliau sifatkan sebagai pertembungan ‘Boss vs Boss’.

“Kita kena adjust lineup dan strategi. Kekalahan di ISF buka mata kami tentang tekanan pentas sebenar. Tapi saya yakin pemain sudah bersedia.”

Dalam pada itu, Soloz turut mengulas mengenai kritikan ramai terhadap kemasukan pemain muda Error 404 ke skuad utama.

“Dia masih muda, baru nak belajar. Kritikan tu biasa, tapi jangan lupa – dia belum cukup 20 tahun! Beri dia masa untuk berkembang. Kami pilih dia sebab ada potensi jangka panjang.

Jangan hype dia sebagai ‘world-class player’ kemudian kecewa bila dia tak sempurna. Ini proses pembelajaran. Kami nak bina karakternya, bukan sekadar skill.”

Sementara itu, Vamos merupakan antara salah sebuah pasukan pilihan untuk mencabar kejuaraan MPL MY musim ini selepas mempamerkan prestasi cemerlang musim lalu.