Infinix tampilkan prestasi serba lengkap menerusi kehadiran Infinix NOTE 50S 5G & 50X 5G dalam Siri Infinix NOTE 50 5G

456

Infinix, jenama teknologi bergaya yang digemari golongan muda, dengan bangganya mengumumkan bahawa Siri NOTE 50 5G yang sangat dinanti-nantikan – diterajui oleh model utama NOTE 50 Pro+ 5G – kini diperkuat dengan kehadiran dua lagi peranti bergaya dan berkuasa: NOTE 50S 5G dan NOTE 50X 5G. 

Kesemua peranti ini akan dilengkapi sepenuhnya dengan integrasi Infinix AI∞ yang dikuasakan oleh DeepSeek-R1. 


Barisan ini, yang dijadualkan untuk pelancaran pada 22 April, menetapkan piawaian baharu yang berani dalam prestasi serba lengkap.

NOTE 50S 5G menyerlah sebagai peranti berkuasa dalam kategori reka bentuk nipis, dengan paparan AMOLED 3D-Curved yang menawan serta kadar segar semula 144Hz. 

Ia menggabungkan keindahan dan prestasi, menawarkan visual yang mengasyikkan dan responsif secara lancar. 

Tambahan pula, ciri pengimbas cap jari dalam skrin memberikan pengalaman nyahkunci yang lebih mudah dan selesa kepada pengguna. 

Dikuasakan oleh One-Tap Infinix AI∞, NOTE 50S 5G meningkatkan prestasi permainan, produktiviti dan tugasan harian secara intuitif.

Di bawah ‘bonet’, NOTE 50S 5G hadir dengan bateri 5200mAh dan teknologi pengecasan pantas All-Round FastCharge 3.0 45W – membolehkan penggunaan lebih lama dengan masa pengecasan yang minimum. 

Kamera ultra-jelas 64MP Sony IMX682 membolehkan rakaman terperinci yang menakjubkan dengan sokongan video 4K, manakala perlindungan kalis percikan IP64 dan ketahanan yang diperakui TÜV menjadikan NOTE 50S 5G peranti yang boleh diharapkan dalam apa jua situasi.

Turut menyertai siri ini ialah NOTE 50X 5G yang tahan lasak namun bergaya – direka khas untuk pengguna yang mengutamakan ketahanan tanpa mengorbankan rekaan. 

Modul kamera bergaya permata dan rangka minimalis memberikan penampilan premium, sementara ketahanan gred tentera MIL-STD-810 serta perlindungan IP64 terhadap habuk dan percikan menjadikan NOTE 50X 5G bersedia menghadapi cabaran kehidupan sebenar.