“Kolaborasi Selangor Red Giants dan OG Esports untuk pelan jangka masa panjang! Notail sangat sayangkan Malaysia!”

Podcast eksklusif bersama Chief Executive Officer (CEO), Daniel Sanders dan Chief Operating Officer (COO), Silja Sundstein berborak mengenai kolaborasi antara 2 pasukan e-sukan, Selangor Red Giants Esports (SRG) and OG Esports.
Daniel Sanders berkata gabungan 2 peminat e-sukan Dota dan MLBB akan digunakan untuk kembangkan lagi jenama untuk kedua-dua pasukan dan e-sukan di persada dunia.
OG Esports juga merancang untuk fokus kepada program akar umbi dalam e-sukan di Malaysia dan mengembalikan kafe siber dalam bentuk fizikal.