“Perjalanan saya bukan mudah, sering dibuli dan kini saya bangga dapat beraksi di pentas dunia!”
Temubual eksklusif bersama pemain bola sepak gaya bebas atau ‘freestyler’ — Zulhilmi Zuaswa berkenaan pemilihan beliau dalam dokumentari “The Journey Of The World Best Freestylers” terbitan Juventus Creator Lab.
Zulhilmi juga merupakan antara 16 peserta terbaik dalam World Freestyle Football Championship 2024 dan terpilih menyertai program Juventus Creator Lab bersama jaguh terkemuka freestyler dunia yang lain.