Infinix NOTE 50 Pro+ 5G mendefinisikan semula prestasi serba lengkap dengan ciri permainan profesional dan gaya hidup pintar

102

Infinix, jenama teknologi bergaya untuk pengguna muda, memperkenalkan definisi baharu untuk Prestasi Serba Lengkap melalui pelancaran peranti unggul mereka – Infinix NOTE 50 Pro+ 5G. Mengetuai barisan siri Infinix NOTE 50 5G, model ini turut disertai oleh NOTE 50S 5G dan NOTE 50X 5G yang hadir dengan pelbagai ciri menarik untuk memenuhi keperluan setiap pengguna. Menambah lagi keunikan rangkaian produk ini, Infinix turut memperkenalkan AI Buds – inovasi gabungan kecerdasan buatan, bunyi premium, dan komunikasi global masa nyata.

Permainan Profesional Tanpa Batasan


Sebagai peranti paling canggih keluaran Infinix setakat ini, NOTE 50 Pro+ 5G direka khusus untuk menguasai permainan mudah alih dengan prestasi perkakasan setaraf flagship dan pengoptimuman pintar. Dikuasakan oleh MediaTek Dimensity 8350 Ultimate 5.5G, peranti ini mencatatkan skor AnTuTu melebihi 1.45 juta, mengatasi Snapdragon 8 Gen 1+ dalam ujian penanda aras.

Paparan AMOLED 6.78 inci dengan kadar segar semula 144Hz menyokong permainan sehingga 120FPS, memberikan pengalaman visual yang sangat lancar untuk permainan seperti Mobile Legends: Bang Bang, PUBG, dan Honor of Kings. Sambungan internet juga dipertingkatkan dengan Super WiFi 2.0 dan teknologi EDCA, memastikan sesi permainan yang stabil dan tanpa gangguan.

Peranti ini turut menampilkan XBOOST AI Gaming Engine, yang mengoptimumkan pengalaman permainan dengan fungsi seperti ZoneTouch Master (pengoptimuman sentuhan), Magic Voice Changer (komunikasi menyeronokkan dalam permainan), dan AI Magic Box (automasi tugas berulang). Sistem penyejukan haba adaptif bersama modul penyebaran haba VC bersaiz 12,326mm² pada 11 lapisan membantu mengurangkan suhu peranti sehingga 10°C. Dilengkapi dengan pembesar suara dwi JBL, bunyi bass dipertingkatkan sebanyak 58%.

Kehidupan Lebih Pintar dengan Integrasi Infinix AI∞

NOTE 50 Pro+ 5G turut mengintegrasikan ekosistem pintar Infinix AI∞, yang dibina untuk memudahkan urusan harian. Fungsi One-Tap Infinix AI∞ diaktifkan melalui tekan lama butang kuasa untuk melancarkan Folax, agen AI yang membantu dalam produktiviti dan gaya hidup. Sama ada membuat ringkasan mesyuarat atau kuliah melalui AI Recording Summary, atau menggunakan Camera Q&A untuk pengecaman makanan secara masa nyata dan terjemahan, semuanya boleh dilakukan melalui satu peranti.

Fungsi tambahan seperti AI Writing Assistant membolehkan pengguna menulis, menyunting dan mengemaskini teks terus di skrin tanpa perlu membuka aplikasi lain – sesuai untuk jawapan segera, penciptaan kandungan, atau penulisan profesional. Selain itu, ciri Bio-Active Halo AI Lighting memperkenalkan pemantauan kadar degupan jantung dan oksigen dalam darah secara masa nyata melalui sensor terbina – menggabungkan kesihatan dan teknologi dalam satu pengalaman pintar.

Teknologi Kamera Bertaraf Pro untuk Pencipta Kandungan Harian

Dari segi kamera, peranti ini dilengkapi dengan sistem kamera periskop 50MP OIS dengan zoom digital tanpa kehilangan kualiti 6X dan keupayaan zoom sehingga 100X menggunakan sensor ultra-lebar 8MP bersama lensa ultra-lebar 112° – yang pertama dalam siri NOTE. Teknologi Optical Image Stabilization (OIS), AI Super-Resolution, dan Pemprosesan Imej AI RAW meningkatkan setiap tangkapan dengan ketepatan warna 50% lebih baik, pengurangan hingar 30%, dan ketajaman resolusi 40% lebih tinggi.

Ciri Serba Lengkap yang Relevan

Dengan bateri 5200mAh, peranti ini menyokong pengecasan pantas 100W All-Round FastCharge 3.0 yang mencapai 100% dalam hanya 32 minit serta pengecasan tanpa wayar 50W MagCharge. Ia hadir dengan storan 256GB dan RAM 12GB (boleh dikembangkan sehingga 24GB), ditawarkan dalam warna Titanium Grey, Enchanted Purple, dan Racing Edition, pada harga RM1,599. Pembeli awal juga akan menerima Infinix AI Buds bernilai RM399 secara percuma, selagi stok masih ada.

Infinix AI Buds: Dengar, Bercakap & Berhubung Seperti Tidak Pernah Sebelum Ini

Selain pelancaran siri NOTE 50 5G, Infinix juga memperkenalkan AI Buds – lonjakan besar dalam kecerdasan audio. Fon telinga generasi baharu ini direka untuk mengatasi halangan bahasa, dengan terjemahan masa nyata AI sehingga 162 bahasa, termasuk dialek seperti Hausa dan Swahili, serta kualiti bunyi premium, sambungan pintar dan hayat bateri sehingga 36 jam.

Berdasarkan AI CogLabs milik Infinix, pengguna boleh bertukar antara tiga mod teras terjemahan:

  • Dialogue Mode – perbualan bersemuka
  • Live Listening – terjemahan audio semasa menonton video atau pembelajaran dalam talian
  • Recording & Transcription – menyalin nota mesyuarat atau kuliah

Prestasi audio dipertingkatkan dengan pemacu komposit AI 10mm, nisbah isyarat-ke-hingar tinggi (≥90dB), dan teknologi ANC + ENC hibrid yang membatalkan hingar sehingga 45dB. Mikrofon dwi memastikan komunikasi jelas di mana-mana, manakala pembantu suara terbina Folax boleh diaktifkan hanya dengan arahan “Hi Folax” untuk mengawal muzik, terjemahan, atau tugasan bebas tangan. Kotak pengecas pintar lutsinar dengan skrin sentuh membolehkan pengguna mengawal muzik, kelantangan, dan mengambil gambar tanpa menyentuh telefon.

Maklumat Jualan

Infinix NOTE 50 Pro+ 5G

  • Tarikh Jualan Dalam Talian & Luar Talian: Selasa, 22 April 2025
  • Promosi: Percuma Infinix AI Buds bernilai RM399 dengan setiap pembelian, selagi stok masih ada
  • Platform Jualan Dalam Talian: Kedai Rasmi Infinix di Lazada, Shopee, dan TikTok Shop
  • Platform Jualan Luar Talian: Pengedar Sah Infinix
  • Harga Runcit: RM1,599

Infinix AI Buds

  • Tarikh Jualan Dalam Talian & Luar Talian: Selasa, 22 April 2025
  • Platform Jualan Dalam Talian: Kedai Rasmi Infinix di Lazada, Shopee, dan TikTok Shop
  • Platform Jualan Luar Talian: Pengedar Sah Infinix
  • Harga Runcit: RM399

Untuk maklumat lanjut mengenai Infinix NOTE 50 Pro+ 5G dan Infinix AI Buds, layari laman web rasmi Infinix, Facebook, Instagram dan TikTok kami.