“Jualan tiket final Piala Malaysia sudah melebihi 60%! Semua pasukan termasuk DPMM masih komited!”

Temubual bersama Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Mohd Shazli di Majlis Hari Raya Aidilfitri FAM-MFL-AFL 2025 yang akan berlangsung di Arena Futsal, Wisma FAM, Kelana Jaya.
Sebagai insentif menarik, MFL juga memperkenalkan cabutan bertuah eksklusif untuk pembeli tiket secara atas talian. Hadiah yang ditawarkan termasuk tiga motosikal, tiga skuter, dua telefon pintar (iPhone), dan dua kamera Insta360.
Cabutan bertuah ini terbuka khas untuk pembeli tiket secara dalam talian sahaja.